Friday 11 May 2012

Bagaimana rentak, begitulah tarinya









Alat muzik dapat menghubungkan manusia dengan alam luar. Selain itu, alat muzik tarian juga merupakan warisan kesenian yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan masyarakat di negara ini. Manusia memang suka mendengar bunyi-bunyi yang merdu dan berirama.






FUNGSI-FUNGSI TARIAN YANG DIWARISI OLEH KAUM-KAUM DI MALAYSIA:
  1. Ditarikan dalam majlis perkahwinan
  2. Ditarikan di majlis makan malam
  3. Dipersembahkan semasa perayaan Tahun Baru Cina
  4. Diperdengarkan semasa majlis khatan kanak-kanak
  5. Didendangkan semasa perasmian perniagaan baru
  6. Dimainkan semasa Hari Raya
  7. Diputarkan semasa majlis pertunangan
  8. Mengubati sesuatu penyakit



Masyarakat Majmuk di Malaysia



Malaysia merupakan salah sebuah negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan aman dan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India telah menetap di tanah ini selama 5 abad. Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira-kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kazazandusun dan Iban.


ORANG MELAYU

Pakaian : baju melayu, kebaya, kurung songkok, kain pelikat..
Makanan : laksa, kuih koci, buah melaka, kuih lapis, nasi lemak..
Permainan : congkak, gasing, wau..
Alat muzik : kompang, gong, rebana, gambus..
Perayaan : Hari Raya Aidrilfitri (Puasa), Hari Raya Haji
Tarian : tarian keris, tarian inai, tarian piring, tarian lilin..
Kepercayaan : Agama Islam
Bahasa : Bahasa Melayu



ORANG CINA

Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..
Suku kaum : Teochew, Hakka, Hokkien.
Makanan : Kuih bakul, kuih bulan, pulut nasi, dimsum.
Permainan : catur cina
Alat muzik : gitar bulan, dram,
Perayaan : Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Pesta Kuih Bulan
Tarian : Tarian kipas, tarian singa, tarian payung..
Kepercayaan : Agama Buddha, Taoisme, Kristian
Bahasa : Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew.


ORANG INDIA

Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..
Makanan : tosai, idli, muruku, apam, kesari, ladu,
Permainan : kaudi Alat muzik : veena, sitar, ukulele, sapei..
Perayaan : Hari Deepavali, Thaipusam, Ponggal, Vaigunda Ekadashi, Christmas, Onam, Hari Raya
Tarian : tarian serimpi, Shobana Chanarakumar, Bharata Natyam
Kepercayaan : Agama Hindu, Kristian, Islam
Bahasa : Bahasa Telugu, Tamil, Hindi, dan Malayalam