MASYARAKAT CINA



Masyarakat Cina di Malaysia juga kaya dengan warisan kesenian budayanya yang tersendiri. Begitu juga dengan muzik, alat muzik dan tariannya.Warisan muzik masyarakat cina yang paling dikenali ialah muzik Guangdong. Muzik Guangdong sebenarnya berasal dan bermula dari Selatan China pada abad ke 20. Pada peringkat awal, muzik Guangdong dimainkan sebagai iringan muzik dalam Opera Yue. Kemudian, secara beransur-ansur muzik Guangdong telah menjadi popular bukan sahaja di seluruh China bahkan juga sangat diminati oleh para perantau China di seberang laut.




Selain itu, alat-alat muzik tradisional masyarakat cina yang digunakan juga sangat menarik sehinggakan dimainkan dalam okestra. Antara alat muzik tradisional masyarakat cina ialah pipa, yangqin, guzheng,erh hu dan seruling cina (zhudi).








pi pa




guzheng


erh hu


yangqin


zhudi

Warisan seni tari masyarakat cina pula ditonjolkan terutamanya semasa sambutan tahun baru cina. Tarian yang sering dipersembahkan ialah tarian singa dan tarian naga. Malah terdapat satu lagi seni tari yang popular yang asalnya ditarikan oleh 2 lelaki dan 7 orang wanita. Namun, setelah beberapa ketika tarian ini banyak ditarikan oleh golongan wanita sahaja dalam majlis-majlis perayaan. Tarian-tarian tradisional ini juga semakin popular sehingga dipertandingkan sehingga peringkat antarabangsa.